Bab 3 : Ada apa disebalik wechat? – Seumpama rama-rama

Zila seorang wanita yang manis wajahnya meminati ramai kenalan di wechat. Sehari waktunya selalu dihabiskan di wechat sebagai aktiviti 24 jam nya, pagi petang adalah melihat wechat dan group-group chatnya tanpa kenal erti jemu dan bosan.

Apabila seruan azan 5 hari sekali barulah dia berhenti untuk menunaikan solat dan kemudiannya sambung balik mesej-mesej perkenalan daripada kenalan wechatnya. Masa makannya bersama keluarga dan rakan-rakan semua dihabiskan menghadap telefon, sama juga dengan rakan-rakannya yang lain, masa pertemuan kesemuannya dihabiskan ditelefon daripada bercakap dengan bersemuka.

Hendak dijadikan cerita akibat daripada kemaruk wechat, Zila ini berkenalan dengan seorang lelaki yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berkenalan dengan Zila. Zila terpaku akan kata-katanya yang manis bak bidadara itu bagai bulan jatuh ke riba. Zila sudah lama inginkan pasangan untuk bersamanya di mahligai kebahagiaan.

Hampir 3 minggu mereka bercinta di wechat maka terjadilah perbualan seperti berikut.

“Sayang, kita sudah 3 minggu bercinta, gambar sayang yang bertudung je bagi, B nak gambar sayang yang tidak bertudung boleh?” kata lelaki itu bernama Haikal

“urmmm, tapikan kita belum bernikah lagi, nantilah sayang bagi ya B” menulis Zila dengan penuh kehairanan

“alaaaa sayang, b nak tengok mesti cantikkan wajah sayang dengan rambut sayang itu” pujuk Haikal

“urmmmm, tak boleh lah b, kita belum pernah berjumpa lagi, kalau gambar pun dari jauhkan”  Zila membalas mesej dengan penuh lembut

“ahhh kalau tak percaya pada b sudahlah” gertak Haikal sambil menonjolkan simbol marah

‘urmmmm’ sebut Zila dalam hati terpaksa akur dengan gertakkan Haikal itu, tanpa menilai dosa dan maruahnya gambar membuka tudung dan diberikan kepada Haikal.

Haikal gembira dan berpuas hati apabila Zila mempamerkan kesungguhannya untuk diberikan kepercayaan kepada Haikal.

“haaa, macam inilah baru namanya bakal isteri yang solehan. b sayang kat sayang” ujar Haikal dalam mesej wechat

“sayang sayang kat B juga” dalam mesejnya

Kemudiannya dengan beberapa hari mereka mesej di wechat berbaitkan kenafus’an yang mengawasi diri mereka. Dan kemudiannya Haikal memesej Zila untuk meminta gambar bogel pulak dengan pujuk rayunya, akibat Zila terlalu cinta terhadap Haikal maka diberikannya gambar bogelnya tanpa perasaan malu.

“mana wajah sayang, b nak buat modal melancap, b janji b akan simpan tunjuk gambar tu kat kawan-kawan” begitulah pujuk rayu sang lelaki dihatinya apabila nafsu sudah dikuasainya oleh syaitan dan pedusta tetapi Allah itu Maha Kuasa dan membukakkan hijab tulisan hati Haikal secara terang-terangan.

Maka Zila seolah-olah tidak mempercayai lagi kerana dia sedar akan keterlajuran mereka  bahawasanya Haikal adalah pendusta. Maka Zila blockkan Haikal di wechat sambil bertaubat pada Allah supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Alhamdulillah akhirnya Zila bertaubat dan berwaspada dalam kecenderungan lagi dalam wechat. Semoga kita dijauhi daripada kecendurangan dan perankap buaya darat ya. Aamin. ..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s