SIHIR IBLIS NASI KANGKANG DAN TANGKAS

Bismillahirahmanirahim. . . .

Sihir ini memang popular dikalangan masyarakat kaum Melayu, selalunya para wanita yang berumah tangga atau ibu yang keseorangan yang mempunyai anak tunggal akan dibisikkan oleh syaitan atau iblis laknatullah supaya melakukan nasi kangkang ini atau nasi tangkas, kaedah dan cara penggunaanya lebih kurang sama iaitu dengan membacakan jampi tertentu pada nasi yang ditertak, kemudian di letakkan dibawah kelangkang, sama ada mereka kencing atau dengan menggunakan darah haid sebagai medium melaksanakan perbuatan terkutuk ini. Nauzubilahmizalikk .. .

Adapun tujuan sihir ini dilaksanakan bagi penunduk kepada suami atau anak-anaknya setelah tiada jalan lain si perbuatan terkutuk ini tidak mencapai apa yang diimpikan daripada mangsa-mangsa itu contohnya seperti suami ada perempuan lain, si anak tidak memberikan perhatian dan sebangainya. Maka dia mencari jalan terkutuk itu memenuhi hasratnya.

Hanya Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui segala-galanya tentang sihir ini dan Wallahualam. . . .semoga kita dipelihara daripada kejahatan dan perbuatan terkutuk ini. Aaminn. . ..

12631469_1754121424811049_834905516703828104_n

Duhai ibu, mengapakah kau sanggup memberikan Nasi Tangkas kepada anakmu? Apakah yang menyebabkan kamu kedekut untuk anakmu memberikan kasih sayangnya pada isterinya? Sungguh syurga isterinya berada dibawah tapak kaki anakmu dan syurga anak lelakimu berada dibawah tapak kakimu maka apakah engkau takut hubungan kasih sayang antara kau dan anak lelakimu akan terputus?? Sungguh ya wahai ibu engkau dihasutki oleh iblis yang bersifat tamak dan kedekut wahai laknatullah. Wahai ibu bertaubatlah sungguh anakmu memerlukanmu dan isterinya memerlukan anakmu itu di sisinya. ALLAHUAKHBAR!! Sama-sama lah kita berdoa kepada anak lelaki yang terkena sihir penunduk laknatullah itu. Amin ya rabbalalamin . . . Kerana itulah anakmu sering sakit2 tubuh badannya, tidak terdaya untuk berkerja dan tidak berdaya juga untuk kembali ke sisi isterinya. ALLAHUAKBAR sungguh kejam ya kamu wahai ibu sanggop kau perlakukan begitu untuk memisahkan kami dan menganiaya kami zahir dan batin!!!

12573236_1753139188242606_4075450442053108318_n

Duhai wanita, isteri kepada suami yang beriman, mengapakah kamu sanggup mengkianati suamimu sendiri dengan sihir pengasih penunduk? Apakah tidak cukup kasih sayang cinta serta nafkah zahir dan batin yang telah suamimu itu memberikan kepada diriMu? Apa kamu tewas dengan ketamakkan inginkan perhatian, bolot segala hartanya oleh hasutan iblis laknatullah? Sungguh kamu adalah golongan orang yang fasik akan perbuatan dan ucapanmu yang indah itu serta munafik suka menaburkan fitnah, menafikan atas perbuatanmu itu dengan nasi kangkang ya, penafiannya bak sang bidadari bercampur iblis dan dajjal laknatullah. Moga2 suami itu dapat berlawan serta diberikan kekuatan daripada Allah ya. Aamin amin ya rabbalalamin. .

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s